Kempen #SatuHatiSatuSuara GM Klang tawar pelbagai hadiah

Menerusi kempen itu, pemenang paling kreatif berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM500 manakala 10 pemenang bertuah lain yang terpilih layak menerima insentif beli-belah GM Klang yang berjumlah RM300.
Menerusi kempen itu, pemenang paling kreatif berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM500 manakala 10 pemenang bertuah lain yang terpilih layak menerima insentif beli-belah GM Klang yang berjumlah RM300.
A
A
A

KLANG - Pusat Borong Terbesar di Malaysia GM Klang mengambil inisiatif menyemarakkan lagi semangat masyarakat dengan mengadakan kempen bertemakan #SatuHatiSatuSuara.

Pelbagai aktiviti dirangka sempena kempen tersebut bagi menzahirkan penghormatan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman, tumpuan utama kempen #SatuHatiSatuSuara ialah peraduan Klik dan Menang yang dijalankan secara dalam talian.

"Peserta hanya perlu mengambil gambar bertemakan keunikan Malaysia dan memuat naik di media sosial mereka bersama kapsyen kreatif, hashtag #SatuHatiSatuSuara dan #MalaysiaPrihatin, serta tag GM Klang.

"Pemenang paling kreatif berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 manakala 10 pemenang bertuah lain yang terpilih layak menerima insentif beli-belah GM Klang yang berjumlah RM300," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu katanya, GM Klang melancarkan satu lagu khas #SatuHatiSatuSuara yang diubahsuai secara eksklusif daripada lagu tema GM Klang oleh juara Battle of the Band Gempakarnival 2019, dua tahun lepas iaitu Merchant of Mercury (MOM).

"Lagu yang membawa mesej perpaduan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik ini diharap dapat menyuntik semangat #SatuHatiSatuSuara kepada rakyat Malaysia," katanya.

Kempen #SatuHatiSatuSuara ini bermula pada 20 Ogos sehingga 20 September 2021 di saluran media sosial rasmi GM Klang iaitu Facebook (@GMKlang) dan Instagram (@gmklang) serta boleh dilayari di gmklang.com untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

Tambah Norsuhaida, kempen berkenaan turut mendapat sokongan daripada Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Selangor).

Orang ramai boleh menghubungi Nur Faezah (Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam) di talian 012-2851152 atau email faezah@gmklang.com untuk pertanyaan lanjut.