X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

68 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin Covid-19

Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad. - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Isnin memaklumkan 36,431,562 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,543,016 individu di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian pada Ahad merekodkan 289,958 dos dengan 136,177 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 153,841 adalah dos lengkap.

PICK dilancar pada 24 Februari lalu bagi memberi vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!