Penutupan Hotel Primula tidak jejaskan pelancongan di Terengganu

Primula Beach Hotel ditutup selama 14 hari bermula Isnin hingga 18 September ini atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT).
Primula Beach Hotel ditutup selama 14 hari bermula Isnin hingga 18 September ini atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penutupan sementara Primula Beach Hotel selama dua minggu mulai semalam susulan penularan Covid-19 dalam kalangan 29 pekerjanya tidak akan menjejaskan sektor pelancongan domestik di Terengganu yang kembali beroperasi sejak 1 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pelancong masih mempunyai banyak pilihan untuk menginap di hotel dan resort lain di Terengganu malah pemantauan lebih ketat akan terus dilakukan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Penutupan sementara itu adalah prosedur biasa bagi mengekang penularan Covid-19 dan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Primula Beach Hotel ditutup selama 14 hari bermula Isnin hingga 18 September ini atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.

Artikel Berkaitan: