X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Pelajar Malaysia patah tulang di Kaherah selamat jalani pembedahan

- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Muhammad Haikal Ahmad Kabir, pelajar yang mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan dalam kemalangan jalan raya di Kaherah, Mesir telah selamat menjalani pembedahan yang melibatkan kos EGP100,000 (RM26,000).

Menurut laporan Education Malaysia Egypt menerusi Facebook rasminya pada Ahad, Muhammad Haikal merupakan antara lima penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar yang cedera dilanggar motosikal semasa melintas jalan dalam kejadian pada Jumaat lalu manakala rakan-rakannya yang lain cedera ringan.

“Dia kini dalam proses sembuh dan keluarga kesemua mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan masing-masing,” kata Atase Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mohd Yasser Abdul Ghani ketika dihubungi malam Ahad.

Dalam kejadian pada sebelah malam itu, penunggang motosikal terbabit dilaporkan tidak memasang lampu hadapan.

Kesemua mangsa yang berasal dari Kedah dihantar ke Hospital Bedayat, Hayyu Tahmin, Kaherah untuk rawatan dengan hanya Muhammad Haikal yang cedera parah.

Mohd Yasser turut menyampaikan penghargaan kepada orang awam di Malaysia yang menyumbang daripada segi kewangan sehingga urusan merawat kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

"Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan memastikan kebajikan dan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan di pihak mangsa, dapat diberikan, " kata Mohd Yasser.

Sementara itu, wakil Duta Besar Malaysia Ke Kaherah, Zamani Ismail turut menziarah mangsa terbabit. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!