X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

92.2 peratus kawasan pulih gangguan air

Sebanyak 92.2 peratus daripada 463 kawasan terjejas dengan pencemaran bau di Sungai Semenyih terima bekalan air setakat jam 7 pagi, Ahad. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 92.2 peratus daripada 463 kawasan yang terjejas dengan pencemaran bau di Sungai Semenyih menerima bekalan air setakat jam 7 pagi, Ahad.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, bekalan air di Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat kini pulih sepenuhnya sementara Hulu Langat ditahap 92. 6 peratus manakala Petaling dengan 81.4 peratus.

Menurut kenyataan itu, pengguna yang menerima bekalan air disaran membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

"Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," menurut kenyataan itu pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Loji Rawatan Sungai Semenyih dihentikan akibat pencemaran bau

LRA Sungai Semenyih catat bacaan sifar ton

Jelas kenyataan itu lagi, Air Selangor akan berkongsi perkembangan insiden itu dari masa ke masa menerusi aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram.

Tambah kenyataan itu, pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan sebanyak 463 kawasan di lima daerah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!