LRA Sungai Semenyih catat bacaan sifar ton

Air Selangor memuat naik info status terkini henti tugas LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau pada Jumaat.
Air Selangor memuat naik info status terkini henti tugas LRA Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pencemaran bau yang direkodkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mencatatkan bacaan sifar ton tiga kali berturut-turut sehingga jam 6 pagi Sabtu.

Menerusi info grafik dikongsi Air Selangor memaklumkan, usaha memulakan proses rawatan air di LRA terbabit sedang dijalankan.

Sementara itu, menerusi status sama di Facebook pada Sabtu, Air Selangor memaklumkan, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Jelas kenyataan itu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman web https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.

Pencemaran bau di Sungai Semenyih merupakan kejadian kali kedua berlaku dalam tempoh tiga hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor alami gangguan bekalan air lagi

Artikel Berkaitan:

Lagi pencemaran bau sumber air mentah dikesan