'Kemenangan BN terjemahan kebangkitan rakyat'

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan
A
A
A

MACHANG - Kemenangan BN di PRK Semenyih menterjemahkan kebangkitan rakyat sekaligus membuktikan kekuatan penyatuan ummah di negara ini.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kejayaan tersebut satu permulaan dan momentum itu perlu dikekalkan untuk mencipta sejarah baharu negara demi agama, bangsa dan tanah air.

"Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Semenyih di atas kebangkitan penyatuan ummah ini dan Pas yang bersama-sama berganding bahu bertungkus lumus tanpa berputus asa.

"Inilah penyatuan ummah dan kebangkitan rakyat. Ucapan penghargaan serta setinggi-tinggi terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh jentera UMNO termasuk Kelantan yang setia membantu di Pusat Daerah Mengundi Bukit Mahkota," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Artikel Berkaitan: