UMNO Kelantan ingatkan MB jaga tutur kata

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Ahmad Jazlan (kiri) - Foto Bernama
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Ahmad Jazlan (kiri) - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menitipkan pesanan ikhlas kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud supaya menjaga tutur kata apabila berbicara.

Ahmad Jazlan turut berharap Mohd Nassuruddin mentadbir negeri berdasarkan panduan al-Quran dan hadis selain memelihara keharmonian hubungan antara saudara semuslim dan mencari titik persamaan, bukannya perbezaan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

"Laksanakan tanggungjawab yang dikurniakan ini dengan sebaik mungkin kerana ia datang dengan amanah yang berat oleh ALLAH SWT kepada seorang pemimpin Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam masa sama, Ahmad Jazlan turut melahirkan rasa kesal dan berasa amat tersinggung dengan kenyataan daripada Mohd Nassuruddin sebelum ini yang membawa maksud bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) melawan perjuangan Islam.

Beliau menegaskan bahawa tidak mungkin mereka daripada parti UMNO yang memperjuangkan agama Islam dan Melayu ini menentang perjuangan Islam sementelah ia bukanlah hak eksklusif sesebuah parti tertentu sahaja.

Ujarnya, pernyataan seperti itu sangat bahaya kerana ia boleh membawa interpretasi lain kepada masyarakat seolah-olah Islam milik parti Pas sahaja, sedangkan orang Melayu Islam dalam BN dan PH juga menjalankan kewajipan Rukun Islam yang sama.

"Perkara sedemikian juga boleh menggugat keharmonian hubungan sesama umat Islam di Kelantan apabila budaya takfiri (kafir mengkafir) terhadap saudara seagama menjadi mainan ahli politik untuk menghalalkan tindakan mereka," katanya.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Mohd Nassuruddin diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kota Lama serta pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh tujuh hari bermula Ahad.

Artikel Berkaitan:

Permohonan maaf itu susulan Mohd Nassuruddin melabelkan kedua-dua wakil rakyat itu melawan perjuangan Islam semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, Mohd Nassuruddin Daud mengingatkan pihak lawan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan mudah koyak dalam berpolitik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh lawan Islam: 2 ADUN PH-BN tuntut MB Kelantan mohon maaf

Lawan Pas dalam pilihan raya bukan bererti lawan Islam - Khairuddin

Tidak memihak kepada Pas bukan tanda lawan Islam

Amanah desak MB Kelantan mohon maaf, tarik balik kenyataan

'Jangan mudah koyak' - MB Kelantan