'Syukur jasad abang ditemui selepas empat hari'

Isteri tentera lemas, Nur Aqila Syafiqa Safuan, 23, (kiri) kelihatan sugul ketika ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) suaminya Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isaselepas hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor pada Rabu. - Foto Bernama. Gambar kanan: Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin
Isteri tentera lemas, Nur Aqila Syafiqa Safuan, 23, (kiri) kelihatan sugul ketika ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) suaminya Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isaselepas hilang di Sungai Pahang semasa mengikuti Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor pada Rabu. - Foto Bernama. Gambar kanan: Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin
A
A
A

BERA - Keluarga anggota tentera 10 Briged (Para), Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, bersyukur apabila mayat lelaki berkenaan yang hilang sejak empat hari lalu ketika menjalani latihan di Sungai Pahang ditemukan pagi Rabu.

Adik mangsa, Noor Suhada Mohamad Isa, 24, dan ahli keluarganya reda walaupun sedih dengan kehilangan tersebut.

"Alhamdulilah, walaupun sedih, tapi syukur kerana mayat abang sudah ditemui selepas empat hari.

"Jenazah akan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah," katanya secara ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin yang juga anak kedua daripada empat beradik itu meninggalkan isteri, Nor Aqila Syafiqa Safuan, 22, dan seorang anak berusia sembilan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: TDM sahkan anggota dikhuatiri lemas ketika latihan di Bera

Mayat anggota tentera lemas ketika latihan ditemui

Pada kejadian kira-kira jam 4.40 petang Ahad lalu, mangsa sedang menjalani latihan sempena Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azrin merupakan anggota Tinjau daripada pasukan Kompeni PANDURA (Para) dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang dan ketika kejadian, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor di sini.

Sebelum ini, pada Sabtu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan lawatan dan melihat latihan yang dijalankan sempena eksesais tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli berangkat meninjau dan menyertai SAR di tempat kejadian pada Selasa

Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka dalam tempoh 14 hari melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia.