Pemancing dikhuatiri lemas dibawa arus

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang ketika memancing di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih, Kemaman diteruskan pada Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang ketika memancing di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih, Kemaman diteruskan pada Rabu.
A
A
A

KEMAMAN – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memancing bersama enam rakannya di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, dari Kampung Paya Berenjut, Chukai dikatakan tergelincir ketika berdiri di tebing sungai

Rakan mangsa, Mohd. Zarif Ikhwan Zainuddin, 23, berkata, sempat lihat mangsa tenggelam timbul di permukaan air sebelum hilang dibawa arus deras.

"Saya cuba selamatkan dia sebaik menyedari dia tergelincir namun gagal kerana arus ketika itu deras dan saya juga hampir lemas.

"Saya buntu dan hanya mampu menjerit meminta tolong daripada rakan-rakan yang lain," katanya.

Difahamkan, kumpulan lelaki itu tiba untuk berkelah dan memancing di lokasi berkenaan pada jam 7 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman. Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula pada Selasa diteruskan pada Rabu dengan radius pencarian seluas 500 meter dari lokasi kejadian.

"Operasi mencari mangsa yang hilang diteruskan dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk setempat," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Artikel Berkaitan: