Anggota polis trafik dirempuh pemandu positif dadah

Seorang anggota dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini pada Khamis.
Seorang anggota dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Seorang anggota dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Silibin.

Menurutnya, anggota bertugas mengarahkan sebuah kereta berhenti namun pemandunya tidak mematuhi arahan sebelum memecut meninggalkan lokasi.

Anggota trafik IPD Ipoh mengalami kecederaan selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini pada Khamis.
Anggota trafik IPD Ipoh mengalami kecederaan selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini pada Khamis.

"Anggota berkenaan sempat mengelak daripada dirempuh sebelum tiga anggota trafik mengejar kenderaan terbabit.

"Apabila tiba di kawasan lampu isyarat berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan, pemandu terbabit memasuki lorong kiri sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba dan merempuh seorang anggota trafik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muhammad Najib berkata, pemandu terbabut kemudiannya melarikan diri ke arah Gunung Lang sebelum memandu melawan arus.

Artikel Berkaitan:

Keratan tular video di media sosial menunjuk kenderaan dipandu suspek bergerak melepasi pembahagi jalan sebelum melawan arus.
Keratan tular video di media sosial menunjuk kenderaan dipandu suspek bergerak melepasi pembahagi jalan sebelum melawan arus.

Menurutnya, kenderaan terbabit kemudian terbabas di kawasan lampu isyarat Taman Wing Onn.

Katanya, anggota trafik mengalami kecederaan, patah tangan kiri dan kaki kanan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Suspek lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas kenderaan dipandunya terbabas.

"Semakan awal mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu manakala cukai jalan kenderaan juga telah tamat tempoh," katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing suspek turut didapati positif methamphetamine.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu tular video di media sosial menunjuk kenderaan dipandu suspek bergerak melepasi pembahagi jalan sebelum melawan arus.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!