Sembilan kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman. Foto fail Bernama
Keadaan berjerebu yang dirakam di Jalan Serian-Sri Aman. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 200.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (188), Samarahan (179), Sri Aman (172), Bintulu (162), Sarikei (157), Sibu (156), Samalaju (155) dan Kapit (133).

Selain itu, 48 kawasan mencatatkan tahap bacaan sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (75); Keningau, Sabah (60); Seberang Perai, Pulau Pinang (53); dan Kota Bharu, Kelantan (52), manakala 11 kawasan lagi merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!