Lebih 15 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi: JKJAV

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 15,032,301 individu atau 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Selasa memaklumkan, seramai 19,741,754 individu atau 84.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Selasa 34,752,340 dos.

Menurut JKJAV, 60.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.0 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian pada Selasa merekodkan sebanyak 261,768 dos dengan 115,473 daripadanya merupakan dos pertama manakala 146,295 telah melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: