X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

PKRC bersepadu untuk wanita di Kampus USM

Dr Mohd Zurairie (tiga dari kanan) menerima sumbangan pizza yang disampaikan oleh Mohd Hanafi (empat dari kiri) daripada BBNGO sempena sambutan hari kemerdekaan di PKRC Tanjung Chat, Kota Bharu pada Selasa.
A
A

KOTA BHARU - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini akan ditukar kepada status berpesadu yang dilengkapi katil klinikal bagi merawat pesakit wanita.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, pusat yang sebelum ini digunakan untuk merawat pesakit lelaki itu akan kembali diaktifkan pada Khamis ini.

"Dengan aktifnya PKRC Kampus USM ini, ia akan menjadi PKRC Bersepadu yang keempat di Kelantan selepas Tanjung Chat (Kota Bharu), Gelanggang Seni (Kota Bharu) dan Tanah Merah," katanya ketika ditemui semasa menerima sumbangan Pizza sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang disampaikan oleh Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) di PKRC Tanjung Chat di sini, pada Selasa.

Penyerahan disempurnakan oleh kakitangan BBNGO, Mohd Hanafi Daud.

Menurutnya, sebanyak 50 buah katil klinikal dan 150 katil biasa bagi merawat pesakit yang ditempatkan di PKRC USM itu nanti.

Katanya, pada Rabu beliau akan turun padang untuk memberikan taklimat kepada para petugas berkaitan gerak-kerja di pusat berkenaan nanti.

Dr Mohd Zurairie berkata, menariknya PKRC USM ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak Hospital USM yang akan membekalkan kakitangan untuk membantu melancarkan penugasan merawat pesakit Covid-19 nanti.

"Dengan kerjasama ini nanti dapat meringankan beban para petugas kesihatan.

"Saya berharap para pertugas barisan hadapan akan kekal bersemangat untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dalam usaha membebaskan negara dari jangkitan pandemik Covid-19," katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini 16 PKRC di seluruh negeri telah diaktifkan dalam membantu merawat pesakit Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!