Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah

Razali mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
Razali mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim pada Isnin.

Mereka ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Md Nasir Hashim.

Ia merupakan lantikan semula penggal kedua oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lantikan lian Ker berkuat kuasa mulai 10 Ogos lepas hingga 9 Ogos 2024, manakala Razali dan Md Nasir mulai 27 Ogos lepas hingga 26 Ogos 2024.

Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung dalam keadaan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sementara itu, Rais mengingatkan mereka supaya melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.

Beliau turut menasihati agar senator menilai prestasi penggal pertama dan mempertingkatkan dalam penggal kedua, selain bekerja keras menunaikan tanggungjawab kepada institusi legislatif dan rakyat yang terhimpit dengan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: