MAIWP beri insentif kepada 350 pelajar cemerlang

Simbolik penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Tahun 2020 disampaikan Mohd Daud (dua dari kiri) kepada Ahmad Faeez (dua dari kanan) pada Jumaat.
Simbolik penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Tahun 2020 disampaikan Mohd Daud (dua dari kiri) kepada Ahmad Faeez (dua dari kanan) pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan pelajar-pelajar penerima Bantuan Am Persekolahan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Simbolik penyerahan Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar tahun 2020 disampaikan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar kepada Ahmad Faeez Azizi Hassan yang mendapat keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Jumaat.

Penyerahan cek itu disaksikan Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Hadir sama pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan Pengurus Bahagian Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, seramai 350 pelajar cemerlang SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima insentif di bawah peruntukan berjumlah RM290,400.

“Mereka terdiri 280 pelajar cemerlang peringkat SPM, 27 pelajar peringkat STAM dan 43 pelajar STPM.

“Menariknya tahun ini, insentif diberikan dalam bentuk caruman yang akan dimasukkan ke dalam akaun Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)-i bagi kegunaan pendidikan mereka pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut MAIWP, insentif diberikan antara RM600 hingga RM1,200 mengikut kategori kecemerlangan selain tambahan RM100 disumbangkan PTPTN yang dimasukkan terus ke akaun pelajar.

Artikel Berkaitan: