Kerani sekolah cedera ditimpa tangki statik

Mangsa yang cedera dikakinya dibantu penduduk yang berada di lokasi semasa kejadian berlaku pada Rabu. Foto Ihsan: FB Satu
Mangsa yang cedera dikakinya dibantu penduduk yang berada di lokasi semasa kejadian berlaku pada Rabu. Foto Ihsan: FB Satu
A
A
A

KUALA NERUS - Hasrat murni seorang penduduk di Taman Perumahan Gong Badak, di sini untuk membantu orang ramai mengambil bekalan air, bertukar tragedi apabila kakinya ditimpa tangki statik sehingga mengalami kecederaan ringan, dalam kejadian pada Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Mohd Fauzi Kassim, 54, terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, difahamkan keadaan kerani sekolah itu kini beransur pulih.

Dalam kejadian itu, mangsa difahamkan bersama anaknya membantu beberapa penduduk di taman perumahan berkenaan untuk mengisi air daripada tangki statik sebelum tangki itu jatuh menimpanya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Burhanudin Hilmi Harun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa di Kampung Padang Nenas, di sini pada Khamis.

Penduduk di daerah Kuala Nerus dan sebahagian di Kuala Terengganu mengalami gangguan bekalan air buat kali kedua pada Isnin.

Artikel Berkaitan: