PM tiba di Istana Abdulaziz pagi ini

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz, Kuantan jam 10.53 pagi Khamis.
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz, Kuantan jam 10.53 pagi Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Kenderaan rasmi yang membawa Ismail Sabri dilihat memasuki pintu masuk utama Istana Abdulaziz, di sini tepat jam 10.53 pagi.

Beliau diringi konvoi dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Sultan Pahang.

Difahamkan, majlis menghadap Al-Sultan Abdullah ini adalah bagi menyampaikan senarai cadangan barisan kabinet baharu kerajaan Persekutuan selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan yang berlangsung itu.

Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan barisan kabinetnya akan diumumkan minggu ini dan senarai itu akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Sejak beberapa hari lalu, tular pelbagai versi senarai anggota kabinet baharu.

Artikel Berkaitan: