Kes positif Covid-19 dunia lebih 212.8 juta

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 212.8 juta berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto hiasan
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 212.8 juta berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto hiasan
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 212.8 juta berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 37.9 juta kes, diikuti India dengan lebih 32.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.5 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4 juta kes, diikuti Filipina dengan lebih 1.8 juta, Malaysia 1.57 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.44 juta.

Amerika Syarikat juga kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 629,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 574,000 kes, India lebih 435,000 kes, dan Mexico lebih 253,000 kes.

Artikel Berkaitan:

United Kingdom mencatat hampir 132,000 kematian, manakala Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman, sementara Sepanyol melebihi 83,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 128,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 32,000 diikuti Malaysia, manakala Thailand dengan lebih 9,000 angka korban.- Awani