Akauntan ditahan disyaki terlibat pecah amanah

Seorang akauntan ditahan polis pada Isnin selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah berkaitan tidak membuat pembayaran gaji pekerja dan pembekal bahan mentah. - Gambar hiasan.
Seorang akauntan ditahan polis pada Isnin selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah berkaitan tidak membuat pembayaran gaji pekerja dan pembekal bahan mentah. - Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang akauntan ditahan polis pada Isnin selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah berkaitan tidak membuat pembayaran gaji pekerja dan pembekal bahan mentah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 1.40 tengah hari di rumah sewanya di Klang selepas pihaknya menerima aduan daripada pengurus sebuah restoran di kawasan Bukit Raja, Klang.

"Pengadu menyatakan pada 29 Mac hingga 5 April lepas pihak syarikat telah menyerahkan wang sebanyak RM15,000 kepada suspek yang bertugas sebagai akauntan untuk urusan pembayaran gaji pekerja dan membuat pembayaran kepada pembekal bahan mentah.

"Hasil semakan oleh pihak syarikat mendapati suspek tidak membuat pembayaran gaji pekerja dan pembayaran kepada pembekal bahan mentah serta kemudian menghilangkan diri lalu gagal dihubungi," katanya dalam kenyataan.

Nurulhuda berkata, wanita yang memiliki lapan rekod jenayah berkaitan pecah amanah dan penipuan itu kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: