Selangor terima lebih 7 juta dos vaksin Covid-19

Selangor menerima 7,499,702 dos vaksin daripada peruntukan kerajaan Persekutuan membabitkan tiga jenis vaksin sehingga Isnin. (Gambar hiasan)
Selangor menerima 7,499,702 dos vaksin daripada peruntukan kerajaan Persekutuan membabitkan tiga jenis vaksin sehingga Isnin. (Gambar hiasan)
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor menerima sejumlah 7,499,702 dos vaksin daripada peruntukan kerajaan Persekutuan membabitkan tiga jenis vaksin sehingga Isnin.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tiga jenis vaksin diterima ialah Pfizer 3,364,920 dos, Sinovac (3,874,982 dos) dan AstraZeneca (259,800 dos).

Beliau berkata, dari aspek kumpulan sasar, penerima vaksin terbabit adalah mengikut janji temu yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, janji temu tersebut dikoordinasi dengan jumlah vaksin dijadualkan mengikut tiga fasa ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan.

"Fasa satu bermula pada bulan Februari sehingga April 2021 melibatkan petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan bukan kesihatan.

"Fasa dua bermula bulan April hingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan rentan mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Selasa.

Dr Siti Mariah menjawab pertanyaan Saari Sungib (Amanah - Hulu Klang) mengenai berapa jumlah kuota, kumpulan sasaran dan penerima serta jadual penyerahan vaksin di Selangor yang dibekalkan kerajaan pusat kepada Selangor.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi fasa ketiga pula, ia bermula pada Mei 2021 dan dijadualkan berakhir pada Disember depan membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Artikel Berkaitan: