X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

40.8 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin: JKJAV

Sebanyak 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Isnin, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat Isnin juga, seramai 18,476,589 individu sudah menerima dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,792,363 dos.

Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 56.9 peratus setakat Isnin.

Dalam pada itu, vaksinasi harian pada Isnin pula mencatatkan penurunan kepada 396,576 dos berbanding 441,100 dos diberikan dua hari lepas dengan 246,109 daripadanya merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!