Guna alat pelindung muka bersama pelitup muka: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham menggunakan pelindung muka bersama pelita muka berganda ketika berada di tempat awam.
Dr Noor Hisham menggunakan pelindung muka bersama pelita muka berganda ketika berada di tempat awam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) ketika berada di tempat awam.

Menurutnya, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini dominan di dalam negara.

"Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat," katanya menerusi laman Facebooknya pada Isnin.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penggunaan pelitup muka berganda bagi mengurangkan pendedahan kepada virus.

Virus Covid-19 boleh memasuki badan seseorang melalui mulut, hidung dan mata.

Artikel Berkaitan: