Tragedi kepala air: 91 masjid sumbang RM143,388 bantu mangsa

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar (kanan) menyerahkan cek bantuan wang tunai kepada Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Othman (kiri) ketika penyerahan bantuan wang tunai untuk mangsa banjir di Pejabat Agama Daerah Yan pada Ahad.
Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar (kanan) menyerahkan cek bantuan wang tunai kepada Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Othman (kiri) ketika penyerahan bantuan wang tunai untuk mangsa banjir di Pejabat Agama Daerah Yan pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 91 masjid di Kota Setar mengumpul sumbangan RM143,388 bagi membantu mangsa banjir lumpur di Yan berikutan fenomena kepala air di Gunung Jerai pada Rabu.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, bantuan wang tunai itu diserahkan kepada empat masjid yang terjejas di daerah Yan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Ahmad Faisol berkata, masjid yang menerima bantuan itu adalah Masjid Pekan Yan, Masjid Titi Teras, Masjid Singkir Darat dan Masjid Kampung Pauh.

"Masjid-masjid di daerah Kota Setar mengambil inisiatif mengumpulkan dana ini bagi membantu saudara seagama yang ditimpa musibah.

"Kita mengambil konsep dari masjid ke masjid di mana sumbangan yang disampaikan kepada pihak pengurusan masjid akan diagihkan kepada kariah di kawasan itu yang terjejas akibat fenomena kepala air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menyerahkan bantuan wang tunai untuk mangsa banjir kepada imam masjid terlibat di Pejabat Agama Daerah Yan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Othman.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah bantuan wang tunai yang diserahkan kepada mangsa ditentukan sendiri pihak pengurusan masjid berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Diharap bantuan ini dapat meringankan bebanan mangsa banjir lumpur di Yan sekaligus mengharapkan mereka tabah menghadapi ujian," katanya.