Covid-19: 223 kes kematian direkodkan hari ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 223 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan menjadikan kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 13,936 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,035 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 513 kes memerlukan bantuan pernafasan dan sebanyak 18,576 kes sembuh berjaya dicatatkan.

"Sebanyak 32 kluster baharu turut direkodkan dan sejumlah 1,435 kluster aktif dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu

Sementara itu, negara merekodkan 22,262 lagi kes baharu Covid-19 pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 1,535,286 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 7,011 kes diikuti Sabah (2,651), Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulai Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039).

Selain itu, negeri lain mencatatkan angka kes di bawah 1,000 iaitu Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38), dan Labuan (9).

Daripada 22,262 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 469 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 21,793 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan mereka sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhan, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

"Jadi dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5," katanya.