X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat Covid-19

Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19. Foto FB Abdul Rani Kulup.
A
A

MELAKA - Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19.

Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata di ruangan komen terdapat tanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat Covid-19.

Berita itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah yang juga aktivis, di laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Noor Jan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Pada 3 Julai 2018, Mahkamah Sesyen Melaka melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu serta menyamar sebagai Sultan Melaka di Majlis Istiadat di A’Famosa Resort, Alor Gajah, pada 10 malam 28 Disember 2013.

Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!