X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Laluan di KL dibuka semula

Semua 88 laluan yang ditutup dibuka semula kepada orang awam.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Semua laluan yang ditutup dan dilencongkan sejak jam 9 pagi di sekitar ibu negara dibuka semula selepas hampir enam jam ditutup pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, laluan terbabit dibuka semula untuk kegunaan orang awam sekitar jam 2.50 petang.

"Kesemua 88 laluan yang ditutup dibuka semula pada jam 2.50 petang," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Selain laluan terbabit, perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur yang ditutup sementara bermula pukul 9 pagi tadi juga beroperasi semula sejak pukul 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, keadaan di sekitar pusat bandar tenang dan terkawal.

“Tiada insiden tidak diingini berlaku. Keadaan terkawal dan semua laluan yang dilencongkan tadi sudah dibuka semula kecuali sekatan (pagar besi) di sekitar Dataran Merdeka yang masih ditutup,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan polis melarang sebarang perhimpunan atau perarakan di kawasan Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan sekitar pasar raya Sogo pada Sabtu berikutan perintah larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!