Negara boleh dipulihkan melalui kepimpinan baharu: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yakin negara dapat dipulihkan kembali melalui kepimpinan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keyakinan tersebut dinyatakan beliau melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook rasmi miliknya pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera dengan pelantikan berkenaan.

"Saya percaya di bawah kepimpinan Datuk Seri, negara boleh dipulihkan dan dipacu ke aras yang lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat.

"Semoga semua pihak bersatu hati untuk memberikan yang terbaik buat negara tercinta," katanya melalui perkongsian tersebut.

Ucapan tahniah kepada Ismail Sabri turut dikongsi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff di laman sosial Facebook rasmi miliknya.

"Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan," katanya.

Ucapan ringkas tersebut mendapat 1,200 tanda sukaan selain turut dikongsi orang ramai di akaun Facebook masing-masing.

Artikel Berkaitan: