Keadaan di sekitar KL tenang

Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati tidak berlaku perhimpunan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di sekitar Dataran Merdeka.
Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati tidak berlaku perhimpunan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di sekitar Dataran Merdeka.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar pusat bandar tenang dengan kehadiran warga kota berbasikal dan bersenam tanpa kelibat individu atau kumpulan demonstrasi #Lawan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu di sini.

Tinjuan Sinar Harian di beberapa mendapati, polis menutup jalan masuk ke Dataran Merdeka malah sejak malam semalam pagar besi sudah dipasang di sekeliling kawasan tersebut

Dalam pada itu, anggota polis dilihat berkawal di beberapa kawasan di sekitar Masjid Jamek dan Pasaraya Sogo sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sudah mengeluarkan perintah larangan berhimpun di sekitar kawasan tersebut.

Hanya terdapat beberapa buah kenderaan orang awam di sekitar Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.
Hanya terdapat beberapa buah kenderaan orang awam di sekitar Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.

“Perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 20 Ogos melarang sebarang perarakan dari Kompleks Sogo dan Masjid Jamek.

Artikel Berkaitan:

“Larangan termasuk kawasan sekitar yang berada dalam radius satu kilometer dan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos,” katanya.

Pada masa sama, pihak polis turut mengumumkan penutupan dan lencongan membabitkan 88 jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi Sabtu.

Sementara itu, penganjur #Lawan, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) pada Jumaat memaklumkan, perhimpunan tersebut dibatalkan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyidddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Jalan masuk ke Dataran Merdeka ditutup dengan pagar besi sejak Jumaat.
Jalan masuk ke Dataran Merdeka ditutup dengan pagar besi sejak Jumaat.

"Pihak SSR telah bermesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan menyerahkan notis pembatalan protes yang dijadualkan pada 21 Ogos tersebut," menurut kenyataan pihak SSR menerusi Telegram rasmi #Lawan Malaysia pada Jumaat.

Sinar Harian pada Jumaat turut melaporkan penutupan perkhidmatan kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur yang akan ditutup sementara bermula jam 9 pagi hingga 3 petang Sabtu.