Kelantan rakam ucapan tahniah buat Ismail Sabri

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada Jumaat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan tahniah itu menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

"Semoga kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri sentiasa diberkati ALLAH SWT. Siiru 'Ala Barakatillah," katanya.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Pelantikan Ismail Sabri dibuat selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mentadbir negara dalam tempoh 17 bulan.

Artikel Berkaitan: