Diancam bunuh kerana buka kelas kecergasan wanita Islam

Jurulatih terbabit terima ugutan bunuh gara-gara poster memaparkan wanita memakai tudung sambil memegang pemberat.
Jurulatih terbabit terima ugutan bunuh gara-gara poster memaparkan wanita memakai tudung sambil memegang pemberat.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Seorang jurulatih sukan wanita di Britain menerima ancaman bunuh dan mesej perkauman selepas dia memulakan kelas kecergasan untuk wanita Islam.

Bianca Jade diserang banyak pihak selepas dia meletakkan poster yang memaparkan wanita memakai tudung sambil memegang pemberat.

Wanita berusia 30 tahun dari Nottingham di tengah England berkata, dia telah melaporkan kepada polis tentang mesej ugutan yang diterimanya.

"Saya ada terima mesej berunsur perkauman menyuruh saya kembali ke negara asal saya. Ada yang mengugut mahu membunuh saya. Saya jadi paranoid dan sering dilanda ketakutan," ujarnya.

Jelasnya lagi, wanita bukan Islam juga dialu-alukan untuk menyertai kelas kecergasan itu yang bertujuan untuk membolehkan wanita Islam mendapat tubuh yang sihat.

Susulan itu, polis Nottinghamshire memaklumkan mereka akan menyiasat ancaman itu yang disifatkan sangat memalukan dan mengejutkan.

Ketua Inspektor, Suk Verma berkata, insiden seumpama itu tidak boleh diterima dan elemen menyedihkan dalam masyarakat di mana kebencian berleluasa. - Press TV

Artikel Berkaitan: