Kenyataan media Pas keluar PN disahkan palsu

Kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan Pas menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) disahkan palsu.
Kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan Pas menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) disahkan palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu kenyataan media yang tular di media sosial menyatakan Pas menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan bersedia berunding dengan mana-mana parti lain bagi membentuk sebuah kerajaan baharu adalah palsu.

Kenyataan media pada Isnin itu didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubungan perkembangan politik negara selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Antara isi kandungan kenyataan tersebut, Pas akan mengenang peluang dan pengiktirafan yang diberikan kepada parti itu untuk sama-sama berkhidmat kepada negara serta rakyat dalam kerajaan PN terutama ketika kemelut pandemik Covid-19.

Pada Isnin, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan beliau dan seluruh Kabinet.

Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai 'caretaker' Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Artikel Berkaitan: