Sembilan warga asing ditahan

Antara warga asing yang berjaya ditahan pada operasi tersebut.
Antara warga asing yang berjaya ditahan pada operasi tersebut.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan sembilan warga asing dalam Ops Bersepadu di premis perniagaan dan tapak pembinaan di Mergong, di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi hampir tiga jam bermula 3.15 petang itu dilaksanakan atas maklumat orang ramai dan hasil risikan.

Katanya, operasi penguatkuasaan melibatkan 14 pegawai Imigresen daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah melakukan pemeriksaan ke atas 185 warga asing pelbagai warganegara.

"Daripada jumlah itu, sembilan individu ditahan melibatkan enam warga Myanmar dan tiga warga Bangladesh berusia antara 22 sehingga 43 tahun.

"Siasatan awal mendapati mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Per.39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan berkerja secara tidak sah," katanya.

Sehubungan itu, mereka ditahan dilokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik.

Artikel Berkaitan: