X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Empat lelaki termasuk dua beradik didakwa membunuh

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat bagi menghadapi pertuduhan kes pembunuhan.
A
A

KAJANG - Seramai empat rakan termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua minggu lalu.

Tan Kok Leong, 53; Ngh Wai Seng, 45; Gian Tin Siong, 48, dan adiknya Gian Then Seng, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat lelaki itu kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Lim Chau Ching, 36, di tepi jalan di Jalan Puteri 1, Cheras di sini jam 6.45 petang, 2 Ogos lalu.

Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan ikat kepada kesemua tertuduh dan menetapkan 23 September depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat bagi menghadapi pertuduhan kes pembunuhan.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat bagi menghadapi pertuduhan kes pembunuhan.

Dalam prosiding sama, keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki Yap Siew Kin, 49, di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 3 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan, lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki ditemui mati di tepi jalan Taman Taragon Puteri Batu 9 Cheras di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek berusia 39 hingga 48 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada jam 3.30 pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!