Kadar jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi BNM yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi BNM yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM31.74 bilion daripada RM37.90 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM16.03 bilion daripada RM22.10 bilion sebelumnya.

Hari ini, BNM sebelum ini menawarkan tender pasaran wang lelongan julat tempoh matang (RMA), tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) dan tender Program Murabahah Komoditi.

Pada jam 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.1 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, manakala kadar bagi satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.77 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan: