SkyWorld menang berganda pada Malaysia Property Award™ 2026

Low Weng Cheong (tiga dari kiri) menerima anugerah bagi EdgeWood Residences dalam Kategori Residential Super High Rise daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Presiden FIABCI-Malaysia, Dr Yu Kee Su dan Setiausaha Agungnya, Datuk Hoe Mee Ling
Low Weng Cheong (tiga dari kiri) menerima anugerah bagi EdgeWood Residences dalam Kategori Residential Super High Rise daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Presiden FIABCI-Malaysia, Dr Yu Kee Su dan Setiausaha Agungnya, Datuk Hoe Mee Ling
A
A
A

SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) meraih dua kemenangan pada Malaysia Property Award™ 2026 anjuran FIABCI Malaysia sekali gus menandakan tahun kelima berturut-turut syarikat itu menerima pengiktirafan menerusi anugerah berprestij berkenaan.

EdgeWood Residences dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Residential Super High Rise manakala SkyAwani 4 Residences memenangi anugerah bagi kategori Affordable Housing.

Pengiktirafan berganda itu mencerminkan keupayaan SkyWorld menawarkan kediaman berkualiti merentasi segmen pasaran berbeza bagi memenuhi keperluan masyarakat bandar yang pelbagai.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pihaknya berbesar hati menerima dua anugerah berprestij itu yang mengukuhkan keyakinan syarikat bahawa kediaman berkualiti perlu dapat dinikmati oleh semua lapisan pasaran.

“Tidak kira sama ada perumahan premium atau mampu milik, komitmen kami kekal sama iaitu menyediakan kediaman yang dirancang dengan teliti bagi meningkatkan kualiti kehidupan seharian serta mewujudkan nilai berkekalan untuk komuniti.

“Inilah yang mendorong kami untuk terus meningkatkan standard dan menjadikan kehidupan lebih baik,” katanya.

Ketua Pegawai Kewangan SkyWorld Development Berhad, Low Weng Cheong (barisan hadapan, enam dari kanan), bersama pasukan SkyWorld meraikan kejayaan syarikat itu meraih dua kemenangan pada Malaysia Property Award™ 2026 anjuran FIABCI Malaysia sekali gus menandakan tahun kelima berturut-turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah berkenaan
Ketua Pegawai Kewangan SkyWorld Development Berhad, Low Weng Cheong (barisan hadapan, enam dari kanan), bersama pasukan SkyWorld meraikan kejayaan syarikat itu meraih dua kemenangan pada Malaysia Property Award™ 2026 anjuran FIABCI Malaysia sekali gus menandakan tahun kelima berturut-turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah berkenaan

Terletak di dalam pembangunan SkySanctuary, Setapak, Kuala Lumpur, EdgeWood Residences merupakan pembangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Bronze dengan skor kualiti pembinaan QLASSIC sebanyak 86 peratus.

Antara keistimewaan utama pembangunan itu ialah akses terus dan eksklusif ke Central Park seluas 2.92 ekar yang turut memenangi anugerah.

Pembangunan berkenaan turut menerapkan prinsip Healthy Home SkyWorld yang memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan penghuni menerusi pencahayaan semula jadi yang lebih baik, kualiti udara dalaman, keselesaan terma dan prestasi akustik.

Gabungan ciri-ciri tersebut mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih sihat dan seimbang untuk penghuni.

Sementara itu, SkyAwani 4 Residences mencerminkan komitmen SkyWorld untuk meningkatkan standard perumahan mampu milik tanpa mengabaikan aspek kualiti.

Pembangunan itu mencatatkan skor kualiti pembinaan QLASSIC sebanyak 81 peratus sekali gus membuktikan penekanan syarikat terhadap mutu kerja pembinaan.

Dengan kecekapan penggunaan ruang kira-kira 82 peratus, kemudahan gaya hidup yang lengkap serta caj penyelenggaraan RM0.24 sekaki persegi sebulan, pembangunan itu merangkumi 1,782 unit kediaman.

Setiap unit menawarkan ruang seluas 800 kaki persegi dengan susun atur praktikal yang merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Penghuni turut menikmati akses mudah ke SAMA Square yang terletak di dalam SkySanctuary sekali gus meningkatkan kemudahan dan keselesaan dalam urusan kehidupan seharian.

Berlandaskan pencapaian itu, SkyWorld akan terus komited meningkatkan standard kehidupan bandar menerusi pembangunan berkualiti yang mengimbangi reka bentuk teliti, fungsi dan kelestarian sekali gus mewujudkan nilai berkekalan kepada pemilik rumah serta komuniti yang disokongnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!