Pekebun temui kelongsong peluru meriam lama

Dua kelongsong peluru meriam lama ditemui seorang pekebun di kawasan lapang di Bandar Putera Klang pada Isnin.
Dua kelongsong peluru meriam lama ditemui seorang pekebun di kawasan lapang di Bandar Putera Klang pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Seorang pekebun yang sedang mengusahakan tanaman di kawasan lapang di Bandar Putera Klang di sini dikejutkan dengan penemuan dua objek menyerupai bom lama pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan itu selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 11.56 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari balai polis Klang telah dikejarkan ke lokasi penemuan objek terbabit.

"Dua objek terbabit ditemui seorang lelaki yang sedang bekerja di kawasan tanah lapang yang dijadikan kebun untuk tanaman jagung dan cili.

"Objek itu tertanam di dalam tanah dan dijumpai semasa proses menggali tanah," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan dengan bantuan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati objek yang menyerupai bom itu adalah kelongsong peluru meriam lama dan tidak aktif.

Katanya, objek itu kemudian telah dimusnahkan bagi tujuan keselamatan.

Artikel Berkaitan: