60 premis ingkar SOP diarah tutup serta-merta

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 60 buah premis diarahkan tutup serta-merta kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), dalam pemeriksaan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesalahan itu dikesan hasil daripada 78,506 pemeriksaan di seluruh negara.

Selain itu, katanya, seramai 180 individu dikompaun dengan 21 daripada mereka direman kerana melanggar SOP.

“Semalam, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,432 anggota telah melaksanakan 78,506 pemeriksaan dan snap check Covid-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pada Isnin dan sebanyak dua kapal serta dua buah kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan.

Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan khas harian terhadap 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.

Berdasarkan pemantauan tersebut, KPDNHEP mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

“KPDNHEP telah membuat 762 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (578), pemborong (153) dan pengilang (31).

Artikel Berkaitan:

“KPDNHEP juga telah melakukan 2,379 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis mematuhi SOP,” ujarnya.