X

Kindly register in order to view this article
!

14 kediaman dikompaun biak aedes

Adi Faizal (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK.
A
A

KLANG – Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kediaman seikitar daerah ini sepanjang Januari hingga kelmarin kerana mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, kompaun itu kenakan berikutan sikap sambil lewa penduduk mengenai kebersihan di kawasan kediaman masing-masing.

“Nilai kompaun adalah RM1,000 bagi seekor jentik-jentik. Jika individu terbabit gagal membayar kompaun itu, tindakan mahkamah akan diambil.

“Tindakan ini sebagai usaha membasmi denggi berikutan segelintir masyarakat masih bersikap sambil lewa dalam perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK.

Turut hadir, Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Menurut beliau, sebanyak 3,199 kes denggi direkodkan di Klang sejak 1 Januari sehingga kelmarin dengan tiga kematian, sekali gus menjadikan daerah ini mencatatkan kes denggi kedua tertinggi di Selangor.

“Kita tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih tegas bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi Faizal berkata, MPK menyita sebanyak 113 premis perniagaan termasuk gerai yang tidak mempunyai lesen sah di sekitar daerah ini, selain kafe siber, rumah urut, pusat hiburan dan perniagaan dijalankan oleh warga asing.

Katanya, ramai pengusaha masih berdegil dengan beroperasi tanpa lesen termasuk di lokasi tidak dibenarkan.

“Sepanjang Januari hingga semalam, 100 penjaja warga asing yang berniaga di petak ruang tidak dibenarkan sudah dikenakan tindakan.

“Selain itu, sembilan pusat urut yang beroperasi di sekitar daerah ini diperiksa dan tujuh daripadanya dikompaun manakala dua lagi disita.

“Bagi pusat hiburan, sebanyak 31 premis diperiksa dan kita mengeluarkan masing-masing 10 kompaun dan sita. Tindakan sita ini diambil selepas premis itu beroperasi di luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan sembilan kompaun dan menyita satu premis membabitkan pusat siber.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!