X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Polis siasat dakwaan mesej berunsur rasuah

Hamzah Zainuddin
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis diarah untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan polis berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain merujuk laporan polis itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

"Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, SPRM dalam kenyataan dilaporkan memaklumkan telah bertemu dengan tiga ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM menyatakan pihaknya memandang serius mengenai dakwaan beberapa ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah oleh sesetengah pihak untuk menyokong kerajaan PN.

Antara yang dilapor menerima mesej itu ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; Ahli Parlimen Ipoh Utara, Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!