Sila log masuk terlebih dahulu.

KKD siasat dakwaan filem Anwar: The Untold Story disabotaj

A
A
A
KKD siasat dakwaan filem Anwar: The Untold Story disabotaj

BERITA SEMASA 24 MEI 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan berhubung filem Anwar: The Untold Story yang mula ditayangkan pada Khamis lalu, disabotaj, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, dakwaan tersebut akan diteliti dan siasatan segera akan dilakukan.

Pada Ahad, produksi filem Anwar: The Untold Story mendakwa sesetengah pawagam cuba mensabotaj tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260019/berita/hiburan/kkd-siasat-dakwaan-filem-anwar-the-untold-stori-disabotaj

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TheUntoldStory