X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Siti Sarah

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini. - Foto FB Istana Negara
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Siti Sarah Raissuddin, bintang seni tanah air yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pagi tadi.

Menurut satu kenyataan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah.

“Tuanku menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keluarga penyanyi tersebut disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!