Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai
Agong dan Permaisuri menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.
A
A
A
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan berkenaan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua,” menurut Istana Negara dalam hantaran di Facebook.
Hari Gawai disambut hari ini dan esok oleh masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. - Bernama