Lapan ditahan terlibat aktiviti persundalan

IPD Iskandar Puteri menahan lapan suspek termasuk enam wanita warga asing yang terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam dua serbuan berasingan di Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Khamis.
IPD Iskandar Puteri menahan lapan suspek termasuk enam wanita warga asing yang terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam dua serbuan berasingan di Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan lapan suspek termasuk enam wanita warga asing secara berasingan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan persundalan di dua premis di Nusa Bestari di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dua yang lain merupakan lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu dan penjaga premis.

Beliau berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bermula jam 4.45 petang.

"Dalam serbuan pertama, seorang wanita warga asing berusia 28 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai pelacur.

"Turut dirampas sekeping kondom, satu tiub KY Jelly, sekeping kad akses bilik hotel, sebuah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM419," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Antara barang rampasan dalam dua serbuan berasingan melibatkan kegiatan pelacuran di kawasan Nusa Bestari di sini pada Khamis.
Antara barang rampasan dalam dua serbuan berasingan melibatkan kegiatan pelacuran di kawasan Nusa Bestari di sini pada Khamis.

Katanya, menerusi serbuan kedua polis menahan seramai tujuh individu terdiri daripada dua lelaki warga tempatan berusia 33 dan 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu dan penjaga premis.

Jelasnya, lima yang lain merupakan wanita warga asing yang berusia antara 27 hingga 30 tahun turut ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 36 kondom, satu tiub KY Jelly, segulung tisu, sekeping kad akses bilik hotel, jadual kerja, sebuah kereta, serangkai kunci kereta, dua biji modem, serangkai kunci rumah, empat buah buku catitan pekerjaan, sebuah perakam kamera litar tertutup (CCTV), 12 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM813," katanya.

Dzulkhairi berkata, semakan rekod lampau terhadap kedua-dua suspek lelaki yang ditahan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 39(b) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.