X

Kindly register in order to view this article
!

Pemberian vaksin Covid-19 cecah 23 juta dos

Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23,161,255 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat Khamis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan pada Khamis dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!