Pengurus rugi RM20,000 diperdaya 'Alex'

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengurus syarikat pengawal keselamatan di Temerloh kerugian RM20,000 selepas diperdaya tawaran kerja palsu oleh rakannya bernama 'Alex' pada 15 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 53 tahun menerima panggilan telefon daripada Alex yang menawarkan pekerjaan di Kuala Lumpur sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pembinaan.

Menurutnya, suspek mendakwa sekiranya mangsa bersetuju, seorang lelaki yang bernama Datuk Chan Hui Fat pemilik syarikat pembinaan itu akan menghubungi bagi menawarkan pekerjaan tersebut.

"Mangsa dikatakan telah menerima satu pesanan ringkas daripada Datuk Chan dan memaklumkan syarikat memerlukan khidmat pengawal keselamatan di tapak pembinaan serta menawarkan pekerjaan itu.

"Mangsa menerima tawaran terbabit, selepas itu mangsa menerima penyata gaji yang berjumlah RM70,000 sebagai wang pembayaran awal untuk kerja yang di tawarkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut laporan itu, Mohd Wazir berkata, selepas menerima tawaran kerja itu, suspek mahu berjumpa dengan mangsa.

Jelasnya, pada sesi perjumpaan itu, suspek memaklumkan mahu meminjam wang sebanyak RM20,000 kerana ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau menambah, bagi menyakinkan mangsa, suspek menunjukkan gambar kereta digunakan, keadaan ibunya yang terlantar di hospital dan berjanji akan membayar semula wang itu.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa percaya dan bersetuju untuk meminjamkan wang kepada suspek sebagai membalas budi.

Mangsa yakin wang akan masuk ke dalam akaun banknya sebanyak RM70,000 di atas bantuan kerana suspek yang memperkenalkan kepadanya Datuk Chan,

"Setelah tempoh masa yang di janjikan, mangsa telah menghubungi suspek bertanyakan tentang wang yang di pinjam namun suspek memberi pelbagai alasan," katanya.

Mohd Wazir berkata, pada Isnin lalu, mangsa telah pergi ke sebuah syarikat terbabit bagi membuat semakan terhadap penyata bayaran yang di berikan kepada pengadu oleh Datuk Chan tersebut.

Bagaimanapun, kakitangan syarikat terbabit memaklumkan penyata yang diterima mangsa adalah palsu.

"Setelah itu, mangsa membuat semakan akaun miliknya mendapati tiada kemasukan wang berjumlah RM 70,000.

"Mangsa berasa dirinya telah ditipu kerana tidak menghubungi Datuk Chan dan semakan terhadap gambar kemalangan ibu suspek kita mendapati ia di ambil dari internet," ujarnya.

Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh selepas mengesyaki suspek dan Datuk Chan sepakat untuk mengambil wang simpanannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.