Suami isteri mengaku salah guna dokumen palsu tender RM1.87 juta

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Sepasang suami isteri yang juga ahli perniagaan mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM1.87 juta di Mahkamah Khas Rasuah, Kota Kinabalu, pada Rabu.

Tertuduh pertama, Mohd Terus Megin, 49, dan tertuduh kedua, Rosnizah Jamilide, 31, dituduh melakukan perkara itu pada 24 November 2016 di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan niat bersama menggunakan penyata akaun bank sebuah syarikat bertarikh 31 Julai dan 31 Ogos 2016 sebagai dokumen palsu.

Dokumen itu digunakan untuk menipu bagi mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama sebuah sekolah menengah di Kota Belud dengan tempoh kontrak 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Sebelum itu, mahkamah telah merekodkan pengakuan salah kedua-dua tertuduh pada 15 Mac lalu dan penetapan hukuman dilakukan pada Rabu.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh pertama dengan jumlah keseluruhan RM24,000 dan jika gagal bayar dipenjara selama empat bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom manakala tertuduh diwakili peguam dari JPKeruak.

Artikel Berkaitan: