X

Kindly register in order to view this article
!

'Cyborg’ terima dos kedua vaksin Covid-19

Muhammad memakai kostum Cyborg ketika hadir menerima vaksin Covod-19 di PPV UniSZA pada Selasa. Muhammad menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 dengan berpakaian kostum Cyborg.- Foto ihsan Muhammad
A
A

KUALA NERUS – Seorang pemuda menampilkan kelainan dengan memakai kostum Cyborg ketika hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Selasa.

Muhammad Mokhtar, 23, dari Kampung Gong Pak Jin, di sini tiba di PPV UniSZA lengkap berpakaian Cyborg sekitar jam 4 petang sebelum menerima dos kedua vaksin Covid-19 setengah jam kemudian.

Lebih menarik, kostum adiwira itu bukan dibeli sebaliknya ia adalah hasil sentuhannya sendiri dengan kos sebanyak RM500.

“Kostum ini sebenarnya saya buat untuk digunakan dalam projek video saya, ia mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan.

“Semalam, saya pakai ketika pergi terima vaksin untuk hiburkan petugas di PPV dan sebaik nampak saya, ramai yang terkejut, gembira dan bergambar dengan saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pelajar Diploma Reka Bentuk Perindutrian yang baru menamatkan pengajian di UniSZA itu berkata, dia menerima suntikan vaksin pertama pada 13 Julai lalu namun tidak memakai sebarang kostum.

“Saya gembira dapat ceriakan petugas dan penerima vaksin lain, yang pasti ia menjadi kenangan terindah buat saya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!