X

Kindly register in order to view this article
!

PATI terlibat aktiviti perjudian dalam talian diberkas

A
A

AMPANG - Seorang lelaki warganegara Indonesia yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian ditahan di kaki lima berhadapan sebuah pasar raya di Jalan Bunga Tanjung, Taman Putra sekitar jam 7.30 malam di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan oleh anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik suspek mendapati terdapat paparan skrin yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

“Suspek juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian yang membawa hukuman tiga tahun penjara dan denda mencecah RM5,000.

Pada masa sama, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara dan boleh dikenakan sehingga enam kali sebatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!