Polis buru lelaki bertopi keledar lepas tembakan

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki bertopi keledar melepaskan tembakan ke arah seorang individu di sebuah restoran makanan segera di Banting pada Ahad.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang lelaki bertopi keledar melepaskan tembakan ke arah seorang individu di sebuah restoran makanan segera di Banting pada Ahad.
A
A
A

BANTING - Lelaki yang melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian seorang pengunjung sebuah restoran makanan segera di sini giat diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, usaha mengenal pasti identiti suspek masih dijalankan.

"Semakan awal mangsa dikesan memiliki rekod jenayah. Namun kita tidak boleh dedahkan lanjut perkara ini kerana kes masih dalam siasatan.

"Kita sedang menyiasat motif kejadian daripada pelbagai sudut sama ada berkait elemen gangsterisme dan lain-lain," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum itu, tular rakaman video memaparkan lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar meluru masuk di restoran terbabit sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.05 malam, Ahad mangsa iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Lelaki yang melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian pengunjung restoran di Banting sedang diburu polis
  • Usaha mengenal pasti identiti suspek masih dijalankan oleh polis
  • Mangsa yang meninggal memiliki rekod jenayah
  • Polis sedang menyiasat motif kejadian dari sudut gangsterisme dan lain-lain
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!